Sekali lagi Ujian mendatang


Assalamualaikum




Hati terdetik utk mengerakkan jari jemari pada papan kekunci. Hari terus berganti hari, Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Kesibukkan manusia semakin alpa utk mengejar duniawi.Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang menyusuri kehidupan tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telah pun menempuh pelbagai ujian. Dari sikap manusia sendiri mempunyai pelbagai ragam seperti ada yg egois, ada yg munafik, iri hati, pentingkan diri sendiri dsbnye.

Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza,kerana setiap org berbeza tahap kekuatannya.Kelebihan yang kita miliki adalah anugerah dari Allah SWT setiap hambanya terpilih. Dizaman serba teknologi masih ramai lagi manusia bersikap tamak haluba dari segi pengetahuan dan kerja. Ada yg sanggup mencari perkhidmatan bomoh untuk menyihir dan khianati sesama manusia untuk kepentingan diri dan kepuasan.Siapa sangka seseorang itu keperibadian yang tidak pernah tinggalkan solat wajib dan sunat boleh menyekutukan Allah SWT demi ketidak puasan hati pada org sekeliling. Sanggup selindung kejahatan disebalik kebaikkan,itulah dinamakan munafik.

Lebih menyedihkan apabila seseorg itu menutup segala pintu rezeki@periuk nasi org sekeliling yg dibenci. Apabila ia menimpa pada diri kita sendiri, semangat akan luntur .Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala  tanpa sedar dan niat  kita juga  terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

"kenapa aku diuji"
"apakah salah aku sehingga ujian yg diterima terlalu berat untuk dihadapi?"
 Tetapi Allah SWT ada berfirman 

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." - surah albaqarah 286
Ramai yang boleh mengatakan sabar dan redha tetapi bagaimana cara untuk kita belajar terima redha? mudah berkata2 tapi payah untuk melakukannya.Sesorang itu perlu sokongan dari org terdekat dan sekeliling untuk memberi moral semangat dan lebih penting mendekati diri dengan allah.  

~Rabbanna afrigh 'alainaa shabraw watawaffanaa muslimin ~
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri kepada-MU" surah Al-Araf:126

Tetapi, apabila kita berfikir sejenakapa yang berlaku tenyata sebenarnya ujian yang diberi kita adalah hamba yang bertuah. Kenapa dan mengapaianya berlaku?? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." surah al-baqarah 214
diantara hikmah disebalik ujian yg melanda adalah :
  • Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita
  • Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar
  • Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar
  • Allah hapuskan dosa2 kita
  • Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan hati kita yg semakin mendekatinya
  • Allah mahu jadikan ikhtibar kpd org lain
  • Tanda Allah ingat dan sayangkan kita
  • Makin tinggi kita pelajari ilmu allah, makin byk dugaan dihadapai.Ini kerana allah mahu melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita sebagai hamba kepada pencipta   
 
 kunci ketaqwaan dalam menyelesaikan ujian yang melanda adalah kesabaran dan senyum walaupun apa yg terjadi. Tiba masa nya akan muncul PELANGI yg cantik dan indah..janji allah itu pasti



 
 
Copyright 2009 about mylife. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates