amalkan pemakanan sihat


Setiap sel di dalam badan mengalami pusingan jangka hayat untuk membiak yang berhubung kait dengan sel lain sepanjang kehidupan.
Kanser terjadi jika sesuatu jenis sel itu hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan sendiri tanpa dapat dikawal oleh badan.
Semua jenis kanser disebabkan pertumbuhan sel di luar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa dari segi saiz dan bentuk, tidak mempedulikan sel lain di dalam badan, memusnahkan sel bersebelahan dan boleh merebak kepada organ atau tisu lain.

Menerusi pertumbuhan sel kanser, ia memerlukan lebih makanan di dalam badan. Kanser mengakibatkan daya tahan badan menurun, memusnahkan organ dan tulang serta melemahkan sistem pertahanan (imun) badan untuk melawan pe­nyakit.

Ada beberapa kanser yang kurang diambil perhatian terutama apabila ia membabitkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti kanser perut.

Jangan ambil mudah jika berasa sakit perut kerana menganggap kita tersalah makan dan tidak serius, sekali gus membiarkannya hilang sendiri.

Kanser perut sebenarnya kanser ketujuh paling lazim dialami lelaki dan ke-10 paling lazim bagi wanita di Malaysia.

Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61.7 peratus daripada pesakit kanser perut, diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).

Risiko mendapat kanser perut ialah 0.5 hingga 2.5 peratus dalam kala­ngan ­pesakit yang dijangkiti kuman. Risiko lebih tinggi di Jepun dan Colombia manakala risiko lebih rendah di Amerika Syarikat dan Australia.

Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Gan Ing Earn berkata, kanser perut tidak ada kena mengena dengan salah makan atau tidak mengambil makanan langsung.

“Antara petanda awal kanser perut adalah gastritis (penyakit radang perut). Ia terjadi disebabkan amalan mengambil makanan yang diawet, dikeringkan, disalai atau dijeruk. Namun, bukan semua boleh mendapat kanser perut selepas mengalami gastritis.

“Ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit ­perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori). Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala.

“Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut ­kosong dan perlu diatasi segera. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut,” katanya.

Kuman ini boleh didapati dalam air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar.

Bakteria H pylori biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak. Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis termasuk loya, muntah dan sakit perut.

Bagaimanapun, ia mung­kin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut ­dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada pe­nyakit penghadaman termasuk gastritis iaitu kerengsaan dan radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik.

Kanak-kanak yang menghidap ulser peptik ­boleh mempunyai luka berdarah, hematemesis me­nyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar.

“Pemeriksaan awal ­penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit. Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, penyakit ini boleh menyerang tanpa sebarang tanda.

“Kanser perut boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi iaitu satu tiub dengan lensa video pada hujungnya dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.

“Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,” katanya.

Bagaimanapun, jika ­pesakit berada di tahap ­kritikal iaitu peringkat tiga dan empat, ia mungkin sukar dirawat. Rawatan bagi mereka lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi.

Punca kanser perut:
• Bakteria H pylori.
• Makanan yang bernitrit seperti sos soya, sos tiram dan sos cili.
• Bahan kimia di dalam rokok.
• Alkohol.

Cara mengawal kanser ­perut

• Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana pada waktu yang ditetapkan dan makan dengan
tenang.

Salah satu langkah ­paling mudah dengan mengamalkan diet berkhasiat, ­dapatkan rehat secukup­nya, lakukan senaman dan rehat dengan cara menyihat­kan.

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi antioksidan bagi membantu mengurang­kan risiko kanser perut.


• Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah ­pencernaan boleh terjadi tidak kira berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ­ketara dalam kalangan mereka yang terlebih berat badan.


• Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot usus, membantu untuk membuang sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat.

Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari. Anda juga boleh lakukan meditasi, yoga atau tai chi.


• Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap ­sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan masalah kulit. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.

Disebabkan tekanan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.


• Sebaiknya, elak daripada berkongsi makanan atau minuman kerana bakteria H pylori boleh merebak menerusi air liur.


• Jangan merokok atau mengambil minuman beralkohol.


Gejala kanser perut

• Kurang selera makan atau makan sedikit tetapi cepat kenyang.
• Banyak angin, kembung perut selepas makan, ketidakhadaman atau pedih ulu hati.
• Tidak selesa atau sakit di bahagian perut.
• Mual dan muntah.
• Cirit-birit atau sembelit.
• Lemah dan letih.
• Pendarahan (muntah atau berak berdarah).

Hari ni aina nak bkongsi , bagaimana produk shaklee boleh mencegah penyakit kanser.  Kombinasi 3produk ini, inshaallah dapat membantu anda semua

1) NutriFeron

2) vivix

3)Omega

Usah biar tulang rapuh


Apabila berbincang mengenai osteoporosis atau masalah tulang rapuh, ramai mengaitkannya dengan wanita kerana ia menjadi antara masalah utama terutama selepas menopaus (putus haid).

dengan menggunakan produk shaklee juga dapat mengatasi masalah kekurangan kalsium & sakit sendi

Jangan salah sangka, osteoporosis bukan masalah khusus untuk wanita saja kerana lelaki juga turut mengalaminya tetapi kes yang dicatatkan jauh lebih rendah. Mengapa wanita lebih ramai mengalami osteoporosis? Ada banyak sebab. 
Antaranya wanita dilahirkan dengan ketumpatan tulang yang lebih rendah dan kadar kemerosotan jisim tulang pula berlaku lebih cepat pada wanita berbanding lelaki.

Hormon estrogen yang mengawal kitaran haid juga memainkan peranan dalam menjaga kekuatan dan kesihatan tulang pada wanita dan lelaki. Sebelum menopaus, paras estrogen ini lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki dan paras hormon jatuh mendadak selepas menopaus.

Kekurangan hormon inilah yang turut menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus setahun.

Dalam kebanyakan kes, tulang menjadi reput dan lemah disebabkan kekurangan kalsium dan fosforus. Kekuatan tulang bergantung kepada ketumpatan tulang yang mempunyai kaitan rapat dengan tahap kandungan garam kalsium, fosforus dan lain-lain garam dalam tulang.

Bagi lelaki, kadar kerapuhan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama dengan wanita selepas umur 65 tahun.

Dalam usia yang lanjut, wanita mungkin akan kehilangan sehingga 35 peratus hingga 50 peratus ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25 peratus hingga 35 peratus saja.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, osteoporosis adalah penyakit tulang secara keseluruhan yang berlaku apabila kadar ketumpatan tulang menurun membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang.

Seiring peningkatan usia, tulang menjadi semakin nipis kerana sel tulang sedia ada yang diserap semula oleh tubuh berlaku lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru.

“Jika mineral tulang berada di bawah 2.5 sd (standard deviation) daripada keadaan tulang normal, individu berkenaan dikira mengalami osteoporosis.

“Oleh itu, penting untuk mendapatkan pemeriksaan awal kerana penyakit ini menyerang dalam diam serta tidak memiliki gejala awal hinggalah keadaan individu terbabit berada di peringkat serius,” katanya.

Dr Joseph berkata, tulang mempunyai dua sel saling berkaitan iaitu osteoblas - sel membentuk tulang dan juga osteoklas sel yang memakan tulang.

Apabila berlakunya osteoporosis, didapati sel osteoklas yang memakan tulang melebihi sel osteoblas yang membentuk tulang.

Ketidakseimbangan ini membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan apabila berlakunya impak seperti terjatuh ataupun kemalangan.


Faktor risiko

Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga berlaku keretakan tulang. Inilah sebabnya kita perlu memberi perhatian kepada faktor risiko osteoporosis seperti:

Risiko tetap (tidak boleh diubah) 
  • Umur.

  • Bangsa - orang Asia dan Eropah lebih mudah mendapat osteoporosis berbanding Afrika.

  • Jantina - perempuan boleh mengalami osteoporosis dua kali ganda berbanding lelaki.

  • Menopaus awal (kurang daripada 45 tahun).

  • Sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis.
Risiko boleh diubah 
  • Pemakanan yang kurang mengandungi kalsium.

  • Tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.

  • Merokok.

  • Pengambilan alkohol ­secara berlebihan.

  • Pengambilan kafein ­berlebihan.
Tanda dan gejala 

Pada peringkat awal kerapuhan tulang, pesakit tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Namun, apabila kerapuhan menyebabkan tulang itu lemah, maka pesakit akan mula menunjukkan tanda dan gejala seperti berikut: 

Sakit tulang belakang. 

Pesakit akan kelihatan pendek dan bongkok. 

- Keretakan pada tulang belakang, sendi pergelangan tangan, sendi tulang pinggul atau tulang lain walaupun disebabkan kecederaan kecil. 


Diagnosis 

Proses mengesan osteoporosis menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan menguji ketumpatan tulang. 

Ujian paling sensitif untuk mengesan osteoporosis adalah melalui kaedah DEXA scan (dual energy X-ray absorptiometry). 

Imbasan CT. 

Imbasan ultra bunyi. 

Rawatan 

Penggunaan ubat antiresorptive. Ia bertujuan mengurangkan kadar pembuangan tulang lama serta membantu menambah pembentukan tulang baru dalam badan. 

Rawatan anabolic antiosteoporotic. Proses rawatan ini lebih berkesan tetapi ia diberikan secara suntikan bukan melalui pil atau kapsul. 

Dr Joseph berkata, penting bagi individu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa terlalu bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan tertentu. 

Antara amalan pencegahan boleh dilakukan: 

Mengamalkan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. 

Senaman membantu membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang. 

Jangan merokok. 

Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein 

Katanya, ia bertujuan untuk mengelakkan kesan risiko jangka pendek seperti keretakan tulang akibat hentakan yang minimum seperti terjatuh. 

Untuk kesan jangka ­panjang pula, jika pesakit tidak mendapatkan rawatan segera, bengkak dan rasa sakit pada bahagian yang tercedera akan bertambah dan berkemungkinan ­kualiti hidup akan terjejas. 

“Hingga kini tiada ubat khusus untuk mencegah osteoporosis terutama dalam kalangan individu yang berisiko tinggi mengalaminya,” katanya. 

Selain itu, aktiviti seperti berenang, berjalan cepat, pilates, menaiki tangga, mengangkat bebanan dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan menghindarkan osteoporosis. 

Di samping itu, wanita mengandung juga bakal berhadapan dengan masalah ini sekiranya tidak menjaga kesihatan diri sebaik mungkin sepanjang tempoh kehamilan. 

Ini disebabkan keperluan kalsium wanita mengandung meningkat daripada biasa iaitu 1,000 hingga 2,000 miligram kepada 15,000 miligram sehari. 

“Penting untuk wanita mengandung mendapatkan bekalan kalsium mencukupi sepanjang tempoh kehamilan,” katanya.






Copyright 2009 about mylife. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates