RSS

Sekali lagi Ujian mendatang


Assalamualaikum




Hati terdetik utk mengerakkan jari jemari pada papan kekunci. Hari terus berganti hari, Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Kesibukkan manusia semakin alpa utk mengejar duniawi.Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang menyusuri kehidupan tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telah pun menempuh pelbagai ujian. Dari sikap manusia sendiri mempunyai pelbagai ragam seperti ada yg egois, ada yg munafik, iri hati, pentingkan diri sendiri dsbnye.

Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza,kerana setiap org berbeza tahap kekuatannya.Kelebihan yang kita miliki adalah anugerah dari Allah SWT setiap hambanya terpilih. Dizaman serba teknologi masih ramai lagi manusia bersikap tamak haluba dari segi pengetahuan dan kerja. Ada yg sanggup mencari perkhidmatan bomoh untuk menyihir dan khianati sesama manusia untuk kepentingan diri dan kepuasan.Siapa sangka seseorang itu keperibadian yang tidak pernah tinggalkan solat wajib dan sunat boleh menyekutukan Allah SWT demi ketidak puasan hati pada org sekeliling. Sanggup selindung kejahatan disebalik kebaikkan,itulah dinamakan munafik.

Lebih menyedihkan apabila seseorg itu menutup segala pintu rezeki@periuk nasi org sekeliling yg dibenci. Apabila ia menimpa pada diri kita sendiri, semangat akan luntur .Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala  tanpa sedar dan niat  kita juga  terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

"kenapa aku diuji"
"apakah salah aku sehingga ujian yg diterima terlalu berat untuk dihadapi?"
 Tetapi Allah SWT ada berfirman 

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." - surah albaqarah 286
Ramai yang boleh mengatakan sabar dan redha tetapi bagaimana cara untuk kita belajar terima redha? mudah berkata2 tapi payah untuk melakukannya.Sesorang itu perlu sokongan dari org terdekat dan sekeliling untuk memberi moral semangat dan lebih penting mendekati diri dengan allah.  

~Rabbanna afrigh 'alainaa shabraw watawaffanaa muslimin ~
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri kepada-MU" surah Al-Araf:126

Tetapi, apabila kita berfikir sejenakapa yang berlaku tenyata sebenarnya ujian yang diberi kita adalah hamba yang bertuah. Kenapa dan mengapaianya berlaku?? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." surah al-baqarah 214
diantara hikmah disebalik ujian yg melanda adalah :
  • Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita
  • Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar
  • Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar
  • Allah hapuskan dosa2 kita
  • Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan hati kita yg semakin mendekatinya
  • Allah mahu jadikan ikhtibar kpd org lain
  • Tanda Allah ingat dan sayangkan kita
  • Makin tinggi kita pelajari ilmu allah, makin byk dugaan dihadapai.Ini kerana allah mahu melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita sebagai hamba kepada pencipta   
 
 kunci ketaqwaan dalam menyelesaikan ujian yang melanda adalah kesabaran dan senyum walaupun apa yg terjadi. Tiba masa nya akan muncul PELANGI yg cantik dan indah..janji allah itu pasti



 
 

BANDUNG, INDONESIA


Assalamualaikum blog,
Hihihi lama yer xupdate blog, dh sesawang rase yer.maklumlah sem akhir utk ijazah.lagi 3 bln je abis, doa kan aina bjaya.kali ni aina, nak cerita kan pgalaman pegi ke bandung indonesia. Pihak Asia e university ada program disana selama 5hari 4malam. Kami tido dkt hotel FAve,selesa sgt dan berbaloi.. Korang boleh search hotel fave ni harga pon  berpatutan http://www.favehotels.com

favehotel Premier Cihampelas
Premier Plaza Jalan Cihampelas 129 Cihampelas
Bandung - Indonesia 40131
t: +62 22 203 0300
e: CihampelasInfo@favehotels.com
 
Sume ditanggung cuma bwk duit sj.xcited giler rase yer, bila dpt tau nama naik utk ke bandung..aina tukar duit rm600 je bila conver mata wang aina dpt duit 2juta rupiah..tebal giler, kaya sekejap ms tu. Masa tu mata wang dia jatuh, 1juta rupiah = RM278. Cube korang bygkan xtebal duit tu...
Flight boarding pass kul 2lbh smpi sane dlm kul 4lbh waktu malaysia. Untuk makluman korang waktu indonesia lambat 1jam dgn malaysia.huhuhuhu. Masa nak ke Airport,tunggu cik abg bkn main lama lagi...dlm ati dh rase " dup..dup..dup" takut tertinggal flight.dah la xmakan lagi masa tue.sedih sgt T_T. akhirnya kete dia sampai,lega rase tp muka dah masam n sedey sbb br pas nangis..hihihi.

nasib baik flight xdelay,alhamdulillah. pass gate buka jer sempat posing dulu...hihihi.Aq sampai dkt airport  Lapangan Terbang Bandung,Indonesia pada jam 4.45pm waktu indonesia( 5.45pm waktu malaysia). after pelepasan kastam, pengangkutan dah ada di airport (2bas 1 van) menuju ke hotel. Masa tu tercengang jgk ler,teksi dorang menggunakan kereta vios (toyota) malaysia xde pun..hebat2..

after check-in ,aq join dorang jalan2 dpn hotel Factory Outlets along Cihampelas Street.macam2 ada dpn otel, makanan kena bhati2 la klu nak mknan tepi jalan. Survey dulu pe yg nak beli sepanjang jln tu..kedai tutp sampai pukul 10mlm.

Hari ke 2

After class,lecturer bagi pelepasan keluar awal dalm kul 2.30pm.after minum petang msg2 cabut ke bilik tukar baju dan keluar. Aq plak join yg lain pergi Parfume Outlet (Jalan BentengK.H ahmad Dahlan) .Sana murah giler minyak wangi mcm2 jenama ada 30ml RM7 kalau duit rupiah Rp25ribu la manakala 60ml RM14.Masa nak ke outlet tu,kami naik pengangkutan kota tp kena naik 2 kali br bole sampai ke situ.Satu kepala untuk pengangkutan kota Rp7000 jer, murahkan dalam brp sen duit kita la..Aq beli 3botol dpt percuma 1 botol..best wooo,yg lain xdpt. After penat memilih minyak wangi kami terus ke destinasi lain plak.Klu ke Bandung mmg wajib pergi  Rumah Mode Factory Outlet .Baju jenis Branded jugak la dkt sana.

Lepas penat bjln2 dlm umah mode tu,kami singgah minum ais kacang avocado,sedap sgt..

nanti aq sambung part seterusnya..jom zass pic dibawah :)

posing sblm naik flight (LCCT)
posing ag
Lapangan Terbang Bandung,Indonesia
Dinner At Platinum Restaurant (Mall dpn Hotel) after check in.Harga makanan boleh tahan la
posing ag sementara tunggu pesan sampai
Hari ke 2 - naik pengangkutan kota menuju ke Factory Outlet Parfume
ni la dia Factory Outlet Parfume.Nama kedai In Parfume Fragrance. PR mereka tip top
ni plak sempat bgambor dkt Rumah Mode
Pintu masuk rumah mode
Laman Rumah Mode
selfie dulu sambil menunggu dorang shoping
bilik hotel
bilik air ,cantik bangat tp xder tab or jakuzi..maklumlah hotel 3bintang
selfie dulu, merasmikan katil
desk table
note
dalam kedai In Parfume Fragrance, sebut je jenis minyak wangi.6ti mereka buatkan
leka tulis,tanpa sedar aq amik gambar dorang

ekzema & proriasis





6.64 juta hidap psoriasis, ekzema

Kulit manusia adalah organ terbesar berfungsi melindungi badan daripada sebarang kerosakan seperti kehilangan air dan menangkis kehadiran air dari luar seperti hujan.

apakah itu Psoriasis?

Psoriasis ialah penyakit kulit di mana penderitanya mengalami proses pergantian kulit yang terlalu cepat. Kemunculan penyakit ini terkadang untuk jangka waktu lama atau hilang timbul. Penyakit ini secara klinis sifatnya tidak mengancam jiwa dan tidak menular, akan tetapi karena dapat muncul di bagian tubuh mana saja, penyakit ini dapat berdampak pada kualitas hidup penderitanya bila tidak dirawat dengan baik.
Walaupun hampir semua kulit manusia diliputi folikel rambut halus, ada sesetengah kawasan yang tidak kelihatan berbulu. 
Di sebalik fungsinya yang melindungi tubuh badan manusia, ada beberapa masalah yang akan menyerang bahagian penting itu.

Penyakit kulit adalah suatu keadaan perubatan yang memberi kesan kepada kulit, rambut, kuku dan otot serta kelenjar yang ­bertindak sebagai penghalang untuk badan terhadap persekitaran luaran yang berkaitan.

Disebabkan keba­nyakan masalah asas kulit tidak diketahui, ia dikategorikan berdasarkan tempoh, lokasi, gejala, sebab fizikal dan warna kulit.

Bagaimanapun, diagnosis sering memerlukan ­teknik biopsi untuk me­ngambil sedikit tisu kulit yang boleh menentukan jenis pe­nyakit dialami.

Terdapat banyak jenis penyakit kulit termasuk jangkitan kulit dan kanser kulit.

Menurut Pembantu Profesor Klinikal ­Sekolah Perubatan Universiti Yale, Dr ­Macrene Alexiades-Armenakas, ­jerawat, ekzema, dermatitis dan psoriasis antara
masalah kulit paling lazim berlaku.

Pengarah Urusan Holista Colltech Limited, Dr Rajen M berkata, individu yang meng­alami alahan dan masalah kulit dikatakan semakin meningkat di negara ini.

“Statistik terkini menunjukkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami beberapa bentuk alergi. Selain itu, keadaan kulit seperti ekzema (mempengaruhi dua daripada 10 orang), ­psoriasis (tiga peratus) dan bentuk penyakit kulit lain juga meningkat.

“Dianggarkan jumlah penduduk di Malaysia meng­alami psoriasis dan ekzema saja tidak termasuk masalah lain begitu mengejutkan iaitu seramai 6.64 juta orang.

“Individu yang lewat mengesan masalah kulit sebaiknya mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Pada masa sama, pening­katan terhadap ­permintaan rawatan terutama produk nutraseutikal yang menggunakan ­bahan semula jadi mengalami ­peningkatan sejak ­beberapa tahun kebelakangan ini dengan kadar pertumbuhan tahunan daripada
10 peratus kepada 15 peratus. 

amalkan pemakanan sihat


Setiap sel di dalam badan mengalami pusingan jangka hayat untuk membiak yang berhubung kait dengan sel lain sepanjang kehidupan.
Kanser terjadi jika sesuatu jenis sel itu hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan sendiri tanpa dapat dikawal oleh badan.
Semua jenis kanser disebabkan pertumbuhan sel di luar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa dari segi saiz dan bentuk, tidak mempedulikan sel lain di dalam badan, memusnahkan sel bersebelahan dan boleh merebak kepada organ atau tisu lain.

Menerusi pertumbuhan sel kanser, ia memerlukan lebih makanan di dalam badan. Kanser mengakibatkan daya tahan badan menurun, memusnahkan organ dan tulang serta melemahkan sistem pertahanan (imun) badan untuk melawan pe­nyakit.

Ada beberapa kanser yang kurang diambil perhatian terutama apabila ia membabitkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti kanser perut.

Jangan ambil mudah jika berasa sakit perut kerana menganggap kita tersalah makan dan tidak serius, sekali gus membiarkannya hilang sendiri.

Kanser perut sebenarnya kanser ketujuh paling lazim dialami lelaki dan ke-10 paling lazim bagi wanita di Malaysia.

Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61.7 peratus daripada pesakit kanser perut, diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).

Risiko mendapat kanser perut ialah 0.5 hingga 2.5 peratus dalam kala­ngan ­pesakit yang dijangkiti kuman. Risiko lebih tinggi di Jepun dan Colombia manakala risiko lebih rendah di Amerika Syarikat dan Australia.

Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Gan Ing Earn berkata, kanser perut tidak ada kena mengena dengan salah makan atau tidak mengambil makanan langsung.

“Antara petanda awal kanser perut adalah gastritis (penyakit radang perut). Ia terjadi disebabkan amalan mengambil makanan yang diawet, dikeringkan, disalai atau dijeruk. Namun, bukan semua boleh mendapat kanser perut selepas mengalami gastritis.

“Ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit ­perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori). Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala.

“Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut ­kosong dan perlu diatasi segera. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut,” katanya.

Kuman ini boleh didapati dalam air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar.

Bakteria H pylori biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak. Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis termasuk loya, muntah dan sakit perut.

Bagaimanapun, ia mung­kin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut ­dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada pe­nyakit penghadaman termasuk gastritis iaitu kerengsaan dan radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik.

Kanak-kanak yang menghidap ulser peptik ­boleh mempunyai luka berdarah, hematemesis me­nyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar.

“Pemeriksaan awal ­penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit. Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, penyakit ini boleh menyerang tanpa sebarang tanda.

“Kanser perut boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi iaitu satu tiub dengan lensa video pada hujungnya dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.

“Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,” katanya.

Bagaimanapun, jika ­pesakit berada di tahap ­kritikal iaitu peringkat tiga dan empat, ia mungkin sukar dirawat. Rawatan bagi mereka lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi.

Punca kanser perut:
• Bakteria H pylori.
• Makanan yang bernitrit seperti sos soya, sos tiram dan sos cili.
• Bahan kimia di dalam rokok.
• Alkohol.

Cara mengawal kanser ­perut

• Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana pada waktu yang ditetapkan dan makan dengan
tenang.

Salah satu langkah ­paling mudah dengan mengamalkan diet berkhasiat, ­dapatkan rehat secukup­nya, lakukan senaman dan rehat dengan cara menyihat­kan.

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi antioksidan bagi membantu mengurang­kan risiko kanser perut.


• Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah ­pencernaan boleh terjadi tidak kira berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ­ketara dalam kalangan mereka yang terlebih berat badan.


• Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot usus, membantu untuk membuang sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat.

Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari. Anda juga boleh lakukan meditasi, yoga atau tai chi.


• Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap ­sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan masalah kulit. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.

Disebabkan tekanan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.


• Sebaiknya, elak daripada berkongsi makanan atau minuman kerana bakteria H pylori boleh merebak menerusi air liur.


• Jangan merokok atau mengambil minuman beralkohol.


Gejala kanser perut

• Kurang selera makan atau makan sedikit tetapi cepat kenyang.
• Banyak angin, kembung perut selepas makan, ketidakhadaman atau pedih ulu hati.
• Tidak selesa atau sakit di bahagian perut.
• Mual dan muntah.
• Cirit-birit atau sembelit.
• Lemah dan letih.
• Pendarahan (muntah atau berak berdarah).

Hari ni aina nak bkongsi , bagaimana produk shaklee boleh mencegah penyakit kanser.  Kombinasi 3produk ini, inshaallah dapat membantu anda semua

1) NutriFeron

2) vivix

3)Omega

Usah biar tulang rapuh


Apabila berbincang mengenai osteoporosis atau masalah tulang rapuh, ramai mengaitkannya dengan wanita kerana ia menjadi antara masalah utama terutama selepas menopaus (putus haid).

dengan menggunakan produk shaklee juga dapat mengatasi masalah kekurangan kalsium & sakit sendi

Jangan salah sangka, osteoporosis bukan masalah khusus untuk wanita saja kerana lelaki juga turut mengalaminya tetapi kes yang dicatatkan jauh lebih rendah. Mengapa wanita lebih ramai mengalami osteoporosis? Ada banyak sebab. 
Antaranya wanita dilahirkan dengan ketumpatan tulang yang lebih rendah dan kadar kemerosotan jisim tulang pula berlaku lebih cepat pada wanita berbanding lelaki.

Hormon estrogen yang mengawal kitaran haid juga memainkan peranan dalam menjaga kekuatan dan kesihatan tulang pada wanita dan lelaki. Sebelum menopaus, paras estrogen ini lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki dan paras hormon jatuh mendadak selepas menopaus.

Kekurangan hormon inilah yang turut menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus setahun.

Dalam kebanyakan kes, tulang menjadi reput dan lemah disebabkan kekurangan kalsium dan fosforus. Kekuatan tulang bergantung kepada ketumpatan tulang yang mempunyai kaitan rapat dengan tahap kandungan garam kalsium, fosforus dan lain-lain garam dalam tulang.

Bagi lelaki, kadar kerapuhan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama dengan wanita selepas umur 65 tahun.

Dalam usia yang lanjut, wanita mungkin akan kehilangan sehingga 35 peratus hingga 50 peratus ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25 peratus hingga 35 peratus saja.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, osteoporosis adalah penyakit tulang secara keseluruhan yang berlaku apabila kadar ketumpatan tulang menurun membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang.

Seiring peningkatan usia, tulang menjadi semakin nipis kerana sel tulang sedia ada yang diserap semula oleh tubuh berlaku lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru.

“Jika mineral tulang berada di bawah 2.5 sd (standard deviation) daripada keadaan tulang normal, individu berkenaan dikira mengalami osteoporosis.

“Oleh itu, penting untuk mendapatkan pemeriksaan awal kerana penyakit ini menyerang dalam diam serta tidak memiliki gejala awal hinggalah keadaan individu terbabit berada di peringkat serius,” katanya.

Dr Joseph berkata, tulang mempunyai dua sel saling berkaitan iaitu osteoblas - sel membentuk tulang dan juga osteoklas sel yang memakan tulang.

Apabila berlakunya osteoporosis, didapati sel osteoklas yang memakan tulang melebihi sel osteoblas yang membentuk tulang.

Ketidakseimbangan ini membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan apabila berlakunya impak seperti terjatuh ataupun kemalangan.


Faktor risiko

Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga berlaku keretakan tulang. Inilah sebabnya kita perlu memberi perhatian kepada faktor risiko osteoporosis seperti:

Risiko tetap (tidak boleh diubah) 
  • Umur.

  • Bangsa - orang Asia dan Eropah lebih mudah mendapat osteoporosis berbanding Afrika.

  • Jantina - perempuan boleh mengalami osteoporosis dua kali ganda berbanding lelaki.

  • Menopaus awal (kurang daripada 45 tahun).

  • Sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis.
Risiko boleh diubah 
  • Pemakanan yang kurang mengandungi kalsium.

  • Tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.

  • Merokok.

  • Pengambilan alkohol ­secara berlebihan.

  • Pengambilan kafein ­berlebihan.
Tanda dan gejala 

Pada peringkat awal kerapuhan tulang, pesakit tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Namun, apabila kerapuhan menyebabkan tulang itu lemah, maka pesakit akan mula menunjukkan tanda dan gejala seperti berikut: 

Sakit tulang belakang. 

Pesakit akan kelihatan pendek dan bongkok. 

- Keretakan pada tulang belakang, sendi pergelangan tangan, sendi tulang pinggul atau tulang lain walaupun disebabkan kecederaan kecil. 


Diagnosis 

Proses mengesan osteoporosis menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan menguji ketumpatan tulang. 

Ujian paling sensitif untuk mengesan osteoporosis adalah melalui kaedah DEXA scan (dual energy X-ray absorptiometry). 

Imbasan CT. 

Imbasan ultra bunyi. 

Rawatan 

Penggunaan ubat antiresorptive. Ia bertujuan mengurangkan kadar pembuangan tulang lama serta membantu menambah pembentukan tulang baru dalam badan. 

Rawatan anabolic antiosteoporotic. Proses rawatan ini lebih berkesan tetapi ia diberikan secara suntikan bukan melalui pil atau kapsul. 

Dr Joseph berkata, penting bagi individu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa terlalu bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan tertentu. 

Antara amalan pencegahan boleh dilakukan: 

Mengamalkan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. 

Senaman membantu membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang. 

Jangan merokok. 

Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein 

Katanya, ia bertujuan untuk mengelakkan kesan risiko jangka pendek seperti keretakan tulang akibat hentakan yang minimum seperti terjatuh. 

Untuk kesan jangka ­panjang pula, jika pesakit tidak mendapatkan rawatan segera, bengkak dan rasa sakit pada bahagian yang tercedera akan bertambah dan berkemungkinan ­kualiti hidup akan terjejas. 

“Hingga kini tiada ubat khusus untuk mencegah osteoporosis terutama dalam kalangan individu yang berisiko tinggi mengalaminya,” katanya. 

Selain itu, aktiviti seperti berenang, berjalan cepat, pilates, menaiki tangga, mengangkat bebanan dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan menghindarkan osteoporosis. 

Di samping itu, wanita mengandung juga bakal berhadapan dengan masalah ini sekiranya tidak menjaga kesihatan diri sebaik mungkin sepanjang tempoh kehamilan. 

Ini disebabkan keperluan kalsium wanita mengandung meningkat daripada biasa iaitu 1,000 hingga 2,000 miligram kepada 15,000 miligram sehari. 

“Penting untuk wanita mengandung mendapatkan bekalan kalsium mencukupi sepanjang tempoh kehamilan,” katanya.






Shaklee lagi


Salam


Sekarang ni tsunami Shaklee..rata2 mesti org akn ckp mengenai shaklee. Hebat sungguh penangan Shaklee yg diperbuat dari bahan semulajadi. Walaupun ramai pengedar Shaklee, rezeki dtg dr Allah ...9/10 rezeki dtg dr perniagaan. Sebenarnya aq join shaklee utk kegunaan diri sendiri, dgn menjadi ahli serendah RM 65 seumur hidup aq bole beli produk kegemaran dgn harga yg istimewa.. harga shaklee walaupun mahal tp boleh memberi tubuh kite supplement yg mcukupi..ai maklumlah kehidupan kite skrg ni sentiasa busy xkira dah berumah tangga or bujang.Oleh demikian, tubuh kite memerlukan pemakanan yg sihat, xsalahkan kite kuarkan lebih duit utk kesihatan slagi kite hidup...apabile kita dh sakit masa tu dh xguna lg khidupan kita. Sebab itu kita perlu igt 5perkara, salah 1 drpadanye "sihat sebelum sakit".. hihihi sampai kesitu plak aq .

berbalik dr perhal shaklee,buat pengetahuan pepp shaklee bkn sj jual supplement  tp ada jgk produk penjagaan rumah. jom kite lihat senarai harga produk shaklee dan kelebihan produk:




Senarai harga


Nutrition
Size
RemarkHarga (RM)
1Vitalea Iron Formula
120
28 jenis multivitamin & multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.SM: 88 
SS: 93
2Vitalea for Children
65
19 jenis vitamin penting untuk kesihatan kanak-kanakSM: 48 
SS: 51
3Vita C Sustained Released 500mg
180
Vitamin C istimewa yg dilepaskan perlahan-lahanSM: 92
SS: 97
4Chewable Vita-C 100mg
60
Sesuai utk kanak2 & mereka yang sukar menelan tabletSM: 37
SS: 40
5B Complex
120
Mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik, B12, B7 dan sebagainyaSM: 53
SS: 56
6Ostematrix
120
Kalsium, magnesium, vitamin D dengan boron untuk tulang yang kuat dan kukuhSM: 61
SS: 65
7Carotomax
30
Gabungan alpha-carotene, beta-carotene, lutein, lycopene, astaxantin dan zeaxanthin untuk kesihatan mata, perkembangan tisu dan kulit.SM: 74
SS: 77
8Omega Guard
90
DHA & EPA dari ikanSM: 136
SS: 140
9Alfalfa (small)
330
Digelar raja segala tumbuhan, mengandungi pelbagai kebaikan utk kesihatanSM: 53
SS: 56
10Alfalfa (large)
700
SM: 97
SS: 102
11GLA Complex
60
Selesaikan masalah kitaran haid, darah tinggi, kolesterol, masalah kewanitaanSM: 91
SS: 95
12Vita E Complex
120
Vitamin Cinta, kurangkan kolesterol, antioksidanSM: 149
SS: 154
13Herb Lax
120
Pelawasan, detox ususSM: 52
SS: 55
14Perppermint-Ginger
90
Legakan angina, gastrik, sneak perutSM: 45
SS: 48
15Zinc Complex
120
Kesihatan rambut, kesuburan lelakiSM: 33
SS: 35
16DTX Complex
90
Tonik hatiSM: 155
SS: 160
17Lecithin
180
Penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf, cairkan lemakSM:  52
SS: 55
18Garlic Complex
60
Antibiotik semulajadiSM: 47
SS: 50
19Energizing Soy Protein
850g
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.SM: 150
SS: 155
20Meal Shakes
544g
Sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahanSM: 114
SS: 121
21Performance Drink
539g
Memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimumSM: 82
SS: 87
22Nutriferon
30
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun – Dr. Yasuhiko Kojima.SM: 181
SS: 191
23Vivix
150ml
Antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadiSM: 475
SS: 499
24Collagen Powder
15 sachet
Serbuk kolagen dari sisik ikan merah & herbaSM: 298
SS: 305
25Joint Health Tablet
60
Gabungan tumbuhan untuk kesihatan sendiSM: 125
SS: 130




















































GET CLEAN

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Get Clean® Water Pitcher
Sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat, di dalam jag mudah alih.SM:SS:
2Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate473mlPencuci 1001 kegunaanSM:47
SS:49
3Dish Wash Concentrate473mlTidak mengandungi bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate yang merengsaSM:28
SS:29
4Fresh Laundry Concentrate (Powder)2.49kgHipoalergenik, tanpa bahan kimia berbahayaSM:80
SS:84
5Soft Fabric Concentrate946mlRamuan Semulajadi, Tanpa Fosfat, Tanpa bahan perwarnaSM:40
SS:42

DAILY CARE

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Herbal Blend® Multi-Purpose Cream113gKulit kasar, ruam, eczema, luka kecil, losyenSM:27
SS:28

NUTRIWHITE

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 1550mlKrim siangSM: 200
SS: 210
3Overnight Renewal Whitening Cream50gKrim malamSM: 225
SS: 236
4Gentle Deep Foaming Cleanser150mlPencuci mukaSM: 119
SS: 125
5Soothing Radiance Whitening Softener150mlTonerSM: 138
SS: 144
6Gentle Action Makeup Remover150mlPembersih mekapSM: 95
SS: 98
7Daily Defense Whitening Essence30mlSerum pemutihSM: 231
SS: 243
8Spot Whitening Treatment10mlHilangkan bintikSM: 150
SS: 158


ENFUSELLE

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Hydrating Cleansing Lotion177mlUtk kulit normal-keringSM: 96
SS: 101
2Purifying Cleansing Gel177mlUntuk kulit berminyakSM: 88
SS: 93
3Hydrating Toner177mlUntuk kulit normal-keringSM:  78
SS: 83
4Purifying Toner177mlUntuk kulit berminyakSM: 78
SS: 83
5Hydrating Moisturizer48gUntuk kulit normal-keringSM: 97
SS: 102
6Balancing Moisturizer59mlUntuk kulit berminyakSM: 83
SS: 88
7Eye Treatment14mlSemua jenis kulitSM: 52
SS: 56


PROSANTE

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Nourishing Scalp Treatment59mlMelebat & kuatkan rambutSM: 93
SS: 98
2Revitalizing Shampoo296mlmelicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambutSM: 66
SS: 70
3Purifying Shampoo296mlMembersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lainSM: 62
SS: 70
4Replenishing Conditioner296mlMemperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabangSM: 67
SS: 71
5Lightweight Conditioner296mlMengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihatSM: 66
SS: 70
6Long Lasting Finishing Spray237mlMemastikan gaya rambut anda kekal berpanjanganSM: 58
SS: 62


HEALTHY WEIGHT

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Cinch Shake Mix Vanilla765gDiperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan. Kaya dengan protein & serat bagi membantu anda rasa kenyang.SM: 173
SS: 181
2Cinch Shake Mix Latte765gSM: 173
SS: 181
3Cinch Shake Mix Choc765gSM: 173
SS: 181
4Cinch™ Energy Tea Mix28Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.SM: 131
SS: 138

whatsApps / sms : 0182494844
SID : 1087858

Copyright 2009 about mylife. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates